Wednesday, November 11, 2009

Day 7.

Assalamualaikum.


Hari ini adalah hari Isnin iaitu hari yang ke tiga dalam jadual kerja mingguan di KSA ini. Kerja macam biasa serta menghabiskan masa membaca apa yang ada. Yang boleh di puji adalah mat india yang membuat teh di ‘pantry’. Dia buat kopi tarik macam di Malaysia tapi dia panggil ‘Cappucino’. Tak tau kenapa, sebab ada buih kot?


Pada pukul 10 pagi, kita berempat pun telah berjanji unuk ke ofis James untuk bertanya keputusan ‘medical’. Alhamdulillah, semua lulus dan kontrak pun telah di sediakan untuk di tandatangani. Lepas tandatangan, kontrak itu akan di hantar ke Presiden untuk disahkan. Baru boleh digunakan untuk pendaftaran Iqama tapi keputusan malaria pun kena ada sekali. Semua telah dapat ‘ID’ mereka tetapi saya tak dapat sebab RR(Recruitment Requisition) saya belum di luluskan oleh Pengurus saya. Lepas selidik di mana masalahnya, Mr Saad berkata HR memang selalu buat begitu jika ada permintaan yang telah lama di dalam ‘system’. Mereka memadamkan dalam ‘system’ untuk menjaga KPI mereka. Kena buatlah semula. Hari ini saya juga di beritahu tentang skop kerja dan sejarah ‘department’ saya.


Pukul 12 tengahhari, makan kat kantin. SAR10 tapi cukup untuk 2 orang. Tak boleh ambil gambar sebab takut kena buang kerja! Kena jaga lah. Balik kerja hari ini dengan Haji Sabaruddin dari CWS. Saya minta tolong dia sebab nak gi beli madu untuk sakit kerongkong saya yang telah seminggu berkahak. Beli di kedai bernama Hamil Al Musk di ‘Ladies street’ yang ada juga jual minyak wangi dan kayu. Kayu-kayu sini di gunakan untuk mewangikan udara di bilik atau masjid. (Macam kemenyanlah katanya) Di jalan itu terdapat kedai baju, barang solek, kedai kasut, kedai baju dalam dan lain-lain lagi macam jugak di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Masjid India. Lepas beli, balik terus sebab sudah nak masuk Maghrib. Terima kasih kepada Haji Sabaruddin sebab sudi membawa saya membeli-belah. Heh Heh. Saya beli juga pengering rambut yang berharga SAR125 selepas menawar harga dari SAR150.


Lepas Maghrib, berSkype sampai masuk Ishak. Balik ke ‘apartment’, mandi dan keluar makan. Malam ini makan di kedai tepi ‘apartment’ kita ini je. Makanan yang di jual ada nasi, dhosai dan phrata (canai di Malaysia). Saya makan dhosai dengan kari ayam dan ada juga kacang kuda di masak macam dhal. Gambar di bawah.


Selesai makan, gi kat kedai untuk cari barang-barang rumah. Ingat nak gi Panda tapi ahkirnya singgah di kedai runcit tak jauh dari ‘apartment’ kita. Balik & tidur.


Selesai. Wassalam.

No comments:

Post a Comment