Thursday, November 5, 2009

Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, saya bangun pada pukul 4:40pagi. Selepas berwudhuk dan sembahyang subuh, badan nak suruh tidur tapi otak nak bangun. Ok gak, sebab takut nanti tertidur tak boleh bangun nanti. Lagipun hari ini hari yang pertama ke ‘site’, mesti semangat sikit.

Kami pun turun bawah pada pukul 7pagi untuk menunggu ‘transport’ ke Saudi Kayan. Bas sampai 20 minit lewat dan yang dah biasa naik ‘transport’ ni mengatakan dia tak tepat. Kadang-kadang awal ataupun lewat. Takpe, kami pun naik dan sampai ke destinasi lepas 30 minit perjalanan. Masa menunggu bas, saya terkejut sebab berjumpa dengan seorang pengurus yang juga dari BPC selepas 3 tahun tak jumpa. En Ismail Mohd Noh le yang membuat kejutan tu, Engineer lagi pulak tu. Tahniah kepada En Ismail, insyaallah berjaya di KSA ini.

Kami juga berterima kasih kepada En Ismail ni sebab banyak informasi yang di beri kepada kami. Satu daripadanya adalah semasa kami nak masuk ke ‘site’, mesti tunjuk pasport kami sebab dah ada majikan di tulis di visa kami itu. Selepas dapat masuk melalui pengawal di ‘gate’, En Ismail pun membawa kami ke HR untuk berjumpa dengan Mr Sam James. Dia adalah ‘Recruitment Coordinator’ yang akan menguruskan daftar kemasukkan kami ke Saudi Kayan ini.

Yang pertama adalah untuk isi beberapa borang, dan 8 keping gambar. (Lebih baik beri gambar passport yang telah di potong dan jangan sebesar dengan 4cm x 6cm tu) 8 keping ye? Saya ingin memberitahu bahawa ‘nearest port’ adalah airport yang paling dekat dari rumah sekarang. Ini adalah sebab jika anda tinggal di Kuantan tapi anda tulis Kuala Lumpur, anda telah kerugian harga tiket dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Lepas mengisi semua borang, kami di suruh ke klinik untuk mendapat surat untuk membuat ‘medical’ di Al Lulu hospital nanti. Ada ‘resident’ doktor yang akan periksa paru-paru serta tekanan darah saja. Bekas kencing dan tahi telah pun di beri unuk di bawa ke Al Lulu hospital hari Sabtu nanti. Ada di pesan oleh rakan-rakan kerja bahawa air kencing dan tahi oleh di ambil sehari sebelum ‘medical’ itu ataupun pada pagi sebelum pergi. Boleh di jimat masa katanya.

Selepas habis siap di klinik, kami pun ke SSGS iaitu ‘General services’ unuk berjumpa dengan Mr Nato dengan mengambil ‘advance’ SAR200 dan ‘prepaid reload’ SAR20. SAR200 itu adalah ‘advance’ sahaja dan akan di tolak dari gaji nanti. Oh ye, kami pun di beri kupon makan tengah hari kantin. Lepas siap dengan Mr Nato tu, kami pun ke GR untuk menyerah passport kami dan mengambil pass sementara. Kami juga di beri ‘photocopy’ passport kami dengan pengesahan dari Saudi Kayan. Dokumen inilah yang mesti di bawa di mana-mana anda pergi. Selesai di GR, kami pun bersarapan tengah hari di kantin SK. Untuk SAR 10 (harga kupon itu) banyak makanan yang boleh di pilih, tapi nasi le... Heh heh.

Dah kekenyangan, kami pun ke ‘department’ masing-masing. Saya di letak di CWS dan Nizam di Phenolics. Arshad pula di PP dan Tuan di PED. Dengan semua sibuk dengan jawatan masing-masing, kami pun berkumpul pada pukul 4ptg di depan ‘gate’ untuk menaiki bas. Sampai ‘apartment’ pukul 4:40ptg, rehat dan bersiap untuk ke ‘cyber cafe’. Rindu jugak isteri dan keluarga saya, tapi oleh kerana saya sampai dekat Isyak, saya pun tak jadi Skype. Sedih pulak. Saya yang di teman Nizam pun pergi lah ke Panda (lebih kurang macam Giant) untuk membeli barang-barang ‘apartment’. Sampai kat apartment.................... tidur. Letih sehari.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment