Sunday, November 15, 2009

Day 11.

Sabaah Al Khayr.

Hari ini masih hari bercuti, bermaksud boleh lah tidur lama sikit. Dan pagi ini, Rohizan membawa saya ke kedai di sebelah Al Hason yang di kendali oleh orang Yemen. Makanan yang di jual adalah ‘sandwich’, b
urger dan sakhan. Sakhan adalah masakan yang di goreng dalam periuk dan periuk itu di letak di atas meja, di makan dengan roti arab. Ada jugak macam-macam yogurt dan juga jus buah tapi buahnya tak hancur semua, cuma potong.

Sakhan.




Kedai Yemen.


Buah.


Siap makan, balik ke Al Hason tapi sebelum naik kita berjumpa dengan pengurus di Al Hason tu dan bercerita yang ada lagi orang Malaysia yang akan bertapak di Arab Saudi ini. Oleh itu, kita pun bercadang kepada dia supaya menurunkan harga sewa untuk masa yang akan datang supaya boleh memenuhkan Al Hason ini dengan ramai lagi rakyat Malaysia. Dia pula kata akan berbincang dengan tuan bangunan ini, Mr Ahmed supaya boleh menimbangkan cadangan itu. Hari ini pula internet tak dapat, so tak dapat skype atau ‘update’ blog sebab pengurusan tengah menambah modem menjadikan 2 modem di setiap tingkat. Katanya, semua akan siap hari Sabtu ini.

Sholat Jumaat pada pukul 11:25pagi dan lepas tu, balik ke Al Hason sebab kedai-kedai di Jubail ni buka pukul 4 petang pada hari Jumaat. Balik tengok TV dan rehat sebelum di ambil oleh En Jo untuk di hantar balik ke Kim’s pada pukul 4 petang. Lepas gi ‘Cyber’, saya, Nizam dan Tuan pula mencari kedai untuk makan malam dan saya cadangkan untuk mencari sakhan macam yang saya makan pagi tadi. Sampai kita di kedai Nore dekat stesen minyak depan Panda, kita di jemput oleh 2 orang Bangladesh yang tukang masak dan tukang jaga kedai. ‘Order’ sakhan tapi yang di hidang lain sikit, sebab ayam, daging dan telur di asingkan dan di letak di pinggan berasingan. Masakan lebih kurang sama dah, tapi cara ini lain sikit. Mungkin lain kedai, lain cara kot. Kita makan je, tapi tak habis dan kita pun bungkus balik untuk jadikan sarapan pagi esok.

Siap makan, Tuan gi ‘Cyber’ dan saya dengan Nizam ke Panda untuk beli barang sikit. Khalas semua, kita pun menuju balik ke ‘apartment’ tapi semasa berjalan balik, saya dapat panggilan dari Mohd Nor Sipchem. Di ajaknya ke kedai untuk minum kopi pulak. Dah sampai di depan pintu takkan nak tolak, rezeki kan? Kita menuju ke ‘Jubail International centre’ dan ke sebuah ‘coffee house’ tapi dah penuh dan kita pun beralih ke ‘coffee’ house depan masjid. Di ‘coffee house’ ini ada Wifi dan TV serta kerusi sofa yang besar dan selesa. Kira ada kelas la di tempat ini. Berborak-borak sampai pukul 11 mlm dan kita pun balik ke tempat masing-masing sebab mereka nampak. Mereka juga berkata yang mereka kena masuk kerja pada pukul 6 pagi.

Tamat. Wassalam.

Tips : Barang-barang yang di nasihat beli di Malaysia untuk di bawa adalah lada kering, asam jawa, ikan bilis, sos tiram, sos cili, ikan masin, rempah sup dan yang ada di bawah ini.

No comments:

Post a Comment