Tuesday, November 24, 2009

Day 16.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini bas ke Kayan penuh dengan menyumbatnye 31 orang. Sampai ‘spare’ kerusi pun di buka tapi alhamdulillah semua muat. Drebar malas nak ambil 2 kali kot.

Sampai di Kayan awal, dan mereka terpaksa menunggu si James masuk kerja pukul 7:30 pagi. Proses macam biasa dan muatlah semua kat bilik mesyuarat no 5.

Hari ini saya di beri tugasan oleh ‘Superintendant’ saya dan juga ‘Task’ yang baru di ‘department’ CWS. Cabaran yang pertama untuk saya di KSA atau Saudi Kayan ini. Bermula dengan kerja, dan insyaallah Iqama dan proses yang lain akan berjalan lancar.

Satu pesanan adalah kepada mereka datang ke sini, kena tahu jika Pak Arab tertekan oleh ‘boss’ mereka, bermulalah mereka macam di bursa saham. Ke sana, ke sini, bertanya sana-sini so siapkanlah kerja yang di beri dalam masa yang di tentukan supaya dia tak dapat nak salahkan kita. Kalau takde tekanan, ‘happy’ je mereka.

Malam ni di jemput ke rumah Din Kayan untuk makan malam, jamuan untuk keluarga yang di adakan tiap-tiap Rabu malam. Kali ini ada ketam yang harganya SAR5 sekilo (Nampaknya macam ketam bunga). Ada juga ayam masak kicap, kangkung dan oh ye, kek hari lahir Adam, anak kepada Edira dan Joe. Kek ais krim lagi pulak tu. Terima kasih di ucapkan kepada Din dan Kak Pah untuk makanan yang sedap tu, dapat ‘ta pau’ lagi.


Siap makan, pusing ke bandar untuk cari printer di ‘Ticket computers’ tapi lambat sikit je (dah tutup). Sampai ke apartment kul 10 malam, borak dengan Cheng yang baru sampai. Jumpa jugak dengan Hisham dari Phenol dan katanya kereta yang dibeli di KSA ni boleh di pandu oleh tuannya sahaja sebab dalam kad kereta tu ada nama tuan punya. Anda boleh di tangkap dan di saman jika di dapati membawa kereta bukan kepunyaan anda.

Sekian untuk hari ini, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment