Wednesday, November 18, 2009

Day 14.

Assalamualaikum dan selamat siang,


Hari ini macam biasa menunggu di bawah Kim’s pukul 6:15 pagi tapi bas yang sepatutnya sampai tidak tepat pada masanya dan selepas menalipon mereka yang berkenaan, ‘transport’ tu sampai pada pukul 7:30 pagi! Tak pe jugak sebab sempat makan ‘sandwich’ yang di beli di kedai bawah tu.


Sampai di ofis, kerja macam biasa tapi hari ni saya bersyukur sangat sebab dapat ID nombor saya. Tapi James berkata ID saya dah ada 2 hari lepas! Kenapa dia tak beritahu saya pada hari tu? Soalan yang tak boleh dijawab. Sabar, sabar. Nombor tu cantik dan senang ingat (untuk orang cina bagus le, heh heh). Lepas dapat nombor itu, saya memberitahu Turki dan dengan serta-merta dia masuk ke ‘employee self service’ dan memohon PC serta talipon untuk saya. Yang menakjubkan adalah selepas 2 jam, PC saya telah di pasang bersama dengan talipon saya. Berterima kasihlah kepada Tuki dan mat Filipin yang memasang PC tu. Alhamdulillah semua dah selesai tapi ada juga masalah sikit, iaitu masuk ke ‘self service’ dan eSK tak di benarkan lagi. ‘Username not found’ katanya.


Satu hari ini tengok kat ‘portal’ Kayan je lah, dan begitu cepat masa berlalu. Sebelum semua tu saya pun telah hantar salinan kontrak saya ke GR untuk ‘process’ iqama. Tapi untuk terjemah yang saya ingin hantar ke agen di Malaysia untuk ‘endorsement’ dan ‘attestation’ terpaksa di tangguh sebab tak ada salinan sijil beranak anak-anak saya dan sijil nikah saya. Kena balik cari pulak. Harap-harap ada ‘soft copy’ kat komputer saya tu, kalau tak ada, isteri sayalah yang kena hantar ke agen tu.


Sampai pulak ke ‘apartment’, rehat sekejap dan ‘Skype’. Hari ini tidur awal sebab keletihan.


Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment