Saturday, November 7, 2009

Day 3 (Site visit)

Assalamualaikum, kini telah masuk hari yang ketiga saya berada di KSA ini.

Hari ini bermula dengan sarapan pagi di ‘apartment’ sendiri. Tak ada apa sangat, cuma roti ngan tuna mayoinase je. Lepas makan, kita bertiga bercadang nak ke Cyber cafe untuk berhubung dengan yang tersayang di Malaysia tu. Tapi, lepas sampai d situ, kedai tu tak buka lagi so kita berjalan mencari cyber lain la pulak. Pada mulanya, cyber yang kita pergi cuma 200meter dari Kim’s je. Alhamdulillah kita jumpa cyber yang lain dekat yang pertama tu gak. SAR3 untuk 1 jam dan SAR 5 untuk 2 jam. Anda di beri satu password untuk di taip di login dan serta merta boleh melayari web. Tapi kadang-kadang slow sikit. Yang saya guna tu lepas 30min, PC tu padam dan ‘on’ balik. 4 kali pulak tu. Akhirnya tukar jugak PC. (Gi kat yang sebelah)

Habis Skype dan google, kita pun balik ke ‘apartment’ untuk rehat sekejap sementara menunggu Jo ambil. Pukul 10:30 Jo pun sampai dan kita menuju ke Al Hason untuk selidik ‘apartment’ yang kita nak sewa hujung bulan ni. Ini sebab ‘apartment’ yang SABIC bagi tu adalah untuk 1 bulan sahaja. Percuma. Harga di Al Hason SAR4000 sebulan dengan perabot dan Wifi. 2 bilik, 1 bilik air dan dapur. Kalau nak muat 6 orang, kena mintak katil lebih. Nampaknya ok tapi berbau sikit dan berlipas. ‘Fully carpet’. Kita dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan Malaysia yang duduk di Al Hason tu, yang bujang je lah.

Lepas Al Hason, kita pun ke Al Mishal. 2 bilik jugak tapi sewanya SAR3200 sebulan. Nampak cantik dan bersih sikit tapi penuh masa sekarang. Kena tunggu lepas Raya Haji baru ada. Dapat jumpa dengan Mie dan Basri yang baru pindah ke sana. Selepas makan nasi, kita pun bertolak ke kawasan ‘water tank’ untuk melihat rumah-rumah di situ. Mana tahu satu hari nanti kita akan berpindah ke sana dengan keluarga. Tak lama jugak, insyaallah kita boleh berkeluarga di sini bulan Januari atau Febuari nanti. Berpusing-pusinglah kita di bandar Jubayl ni sebelum di hantar balik ke ‘apartment’ kita. Terima kasih le kepada En Joe.

Selepas berehat, saya pula di bawa ke jamuan makan di ‘water tank’ yang di adakan di atas bumbung rumah Zulfa’izal dengan beberapa lagi keluarga dari Malaysia. Bukan jamuan apa, cuma ‘pot luck’ di mana setiap keluarga membawa makanan masing-masing dan di kongsi bersama. Yang lelaki di satu belah dan hawa di hujung pula dengan cerita masing-masing, dan kanak-kanak pula di dunia sendiri. Seronok tengok yang kecik-kecik tu, teringat pulak kat Lynn. Kami pun bercerita hingga 11 malam dan berpulanglah ke ‘apartment’ saya.

Ada informasi jugak dalam perbincangan berkenaan kerja d KSA ini. Antaranya adalah kena buat jugak terjemahan dari inggeris ke arab. Dan lesen memandu boleh di tukar ke lesen saudi di Al Khobar dengan hara SAR400. Tapi kena dapat Iqama dulu.

Dengan blog ini, saya berharap dapat menolong mereka yang akan ke KSA tak lama lagi.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment