Tuesday, November 24, 2009

Day 20.

Assalamualaikum dan ahlan wahsahlan.

Hari ini takde yang menarik tapi mendung je dari Jubail ke SK, nampak macam nak hujan. Mungkin cuaca nak berubah kot. Gambar berikutnya.

Untuk Razman dan Nizam, mereka gembira hari ini sebab dapat dah gaji untuk bulan ni. Gaji bulan ni awal sebab minggu depan adalah Eid Mubarak iaitu Hari Raya Haji di Malaysia. Lepas dapat ‘cheque’ dari bahagian kewangan, mereka pun pergi ‘cash’kan di bank Saudi Fransi di ‘Jubail industrial’ ni. Senyum je 2 orang tu, tapi saya tak dapat lagi sebab nombor ID saya jauh dari nombor mereka yang di sebabkan RR hari tu. Tapi lepas tanya Belal, dan di tuju ke bahagian kewangan, esoklah saya kena pergi lagi. Insyaallah dapat nanti.

Malam pula, Razman pula mengajak kita ke bandar sebab nak cari PSP dan beg untuk anak-anak dia. Dapat gak PSP tu dengan harga SAR940 versi M33. Nizam pulak dapat Levi’s 501 dari kedai yang saya beli tu tapi harga dia SAR180! Kenapa pulak saya beli harga mahal sikit? Dan saya, beli seterika je. SAR70 jenama Philips.

Lepas tu, jumpa dengan Mohd Nor, Shahril dan Sufian di Jubail ‘international centre’. Berborak sampai ke 10mlm di tepi jalan je! Macam orang asing tapi memang orang asing pun! Hahaha. Siap bubur, Shahril pun hantar kita balik. Saya mendoakan perjalan Shahril ke Makkah selamat dan insyaallah di berkati Allah di Eid nanti.

Sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment