Tuesday, November 24, 2009

Day 19.

Assalamualaikum semua.

Semalam, 21hb November 2009 adalah hari Sabtu iaitu hari yang pertama minggu berkerja. Bermaksud, kerja yang di tangguh dari minggu lepas di bawa ke minggu ini ynag juga berertinya kerja berlambak. (Heh heh, untuk yang dah kerja lama je. Kita yang baru ni baru je mula sibuk)

Saya pun sekarang di minta masuk mesyuarat dengan ‘vendor’ SK untuk meneruskan perbincangan sampai dapat ‘Purchase order’. MOM pun saya yang kena buat. Dan hari ni pula sibuk dengan SHEM ‘training’ di ikuti dengan ‘vendor’ dan lepas tu ‘department’ pulak! Dan di tambah pulak kerja-kerja jurutera yang telah di pindahkan ke bahagian lain dan saya yang mengambil alih kerja itu. Cabaran saya dah mula, tapi insyaallah saya dapat buat semua ni degan terbaik. (Macam akedemi fantasia je?)

Semalam, kita berempat pergi ke kawasan tanki air untuk tengok rumah-rumah disana tapi dapat masuk satu rumah je. Ada 2 yang kosong di mana sebuah rumah di tingkat 1 dan satu lagi di bumbung. Rumah di tingkat 1 tu luas dan yang di bumbung tu kecik sikit tapi mahal dengan harga yang di beri SAR30000 setahun. Yang menarik adalah sebab rumah itu baru disiapkan dan bumbungnya luas. Tak di janji sebab nak cari lagi untuk buat pilihan.

Lepas tu, saya pun pergi beli modem untuk ‘broadband’ menggunakan STC tapi lepas balik ke ‘apartment’, internet tak dapat pulak. Selepas mencuba satu malam dan puasnya menunggu, tidurlah.

Zzzzzzzzzz. Massalamah.

No comments:

Post a Comment