Monday, November 16, 2009

Day 12

Assalamualaikum

Hari ini telah masuk hari yang ke 12 saya dengan kawan-kawan saya tiba di KSA ini. Tapi pada minggu lepas, kami semua di ‘apartment’ ini dapat sekeping kertas dari ‘security’ di bawah yang menerangkan bahawa ‘transport’ akan mengambil kami semua pada pukul 6:15 pagi. Kami tak tahu sebab apa masa di awalkan tapi dengan mengambil kami pada masa itu, kami akan sampai di kilang pada pukul 6:45 pagi. Mungkin sebab bahagian ‘process’ bermula kerja pada pukul 7 pagi ataupun ada sebab lain. Tak tanya pulak Mr Haitam sebabnya.

Hari ini juga saya mula di beri tugas di pejabat menolong rakan kerja yang lain untuk meringankan kerja mereka sebab terlalu banyak kerja mereka. Kerja mereka di bahagikan dan saya di beri 3 ‘project’. Ini pun bermakna kerja saya telah bermula dan tempat telah pun di beri tapi payah jugak sebab belum ada PC dan telefon. Lagipun, ID nombor saya masih tidak ada lagi sebab Presiden bersambung bercuti. Turki pula kata, insyaallah esok semua selesai. Harap-harap begitulah.

Lepas balik ke Kim’s, bersihkan bilik sikit dan saya, Nizam serta Tuan menuju pulak ke Al Bayan untuk mengambil terjemah saya. Oleh sebab jauh dan kesuntukkan masa, kami pun menunggu di tepi jalan untuk naik teksi sapu. Ini adalah kali pertama saya naik teksi sapu dan kereta yang di naiki adalah kereta Chevrolet yang agak lama sebab jenis yang empat segi. Harga yang di bayar kepada teksi sapu itu adalah SAR3 seorang. Selepas sampai di Al Bayan, orang itu pun berkata yang Rohizan telah pun mengambil terjemahan saya. Kami pun turun dan berjalan menuju ke kedai-kedai untuk mencari baju. Sebenarnya saya je yang nak cari baju, Nizam ikut je dan Tuan mencari minyak wangi. Saya dapat membeli 2 helai baju lengan panjang buatan India untuk SAR40 sehelai. Kualitinya agak baik dan tidak begitu nipis. Tuan dapat jugak membeli minyak wangi dari gambar yang di beri olehnya masa berSkype dengan isterinya.

Sebelum menahan teksi sapu untuk balik, kami pun berhenti di sebuah kedai yang menjual Shawarma (entah apa entah?). Ia macam kebab tapi di balut dengan gabous (macam roti arab) dan ada campuran sayur dan kentang goreng. Hidangan itu cukup untuk 3 orang makan dan harganya lebih kurang SAR15. Nama Shawarma yang kita pesan adalah Shawarma Arabi. Habis makan, balik naik teksi sapu lagi tapi kali ini naik Toyota Prado. Pada mulanya di minta SAR15 untuk 3 orang dan selepas menawar harga, SAR10 adalah harga muktamad. Kami sampai ke ‘apartment’ lebih kurang pukul 9 malam, ‘update’ blog dan tidur.

Sekian, wassalam.

Tips : Sebelum naik teksi sapu, tanya harga dulu dan tawar jika rasa harga yang di berinya mahal. Harga di sini lebih kurang SAR10 atau SAR3 ke SAR5 untuk seorang. Jangan naik seorang pada waktu malam.
Jika naik dengan isteri, suami naik dahulu dan masa turun isteri turun dulu. Ini adalah untuk keselamatan sebab pernah jadi kes di Riyadh dan Jeddah di mana isteri orang di bawa lari selepas suami turun dari kereta.

No comments:

Post a Comment