Saturday, February 14, 2009

Persiapan bermula

Syukur alhamdullilah, akhirnya dokumen yang dinantikan sudah diterima melalui e-mail dari Think+ selepas 29hari. Sekarang bermulalah persiapan untuk berhijrah, insyallah segalanya berjalan lancar. Fikir-fikir berdebar juga lah sebab tidak tahu apa yang akan di periksa dan lepas ke tidak di Putrajaya.

Saya ingin juga cerita sikit berkenaan persiapan, yang saya tidak begitu tahu sangat tapi setelah dapat nasihat dari kawan-kawan yang dah melepasi persiapan tersebut bolehlah menulis sedikit. Medical adalah wajib dan di buat di Kuantan Medical Centre, di periksa oleh Dr Catherine Lim.

Lepas tu kena isi borang untuk Sijil Kelakuan Baik yang mesti di sahkan oleh pegawai kerajaan Kelas A atau penghulu pun boleh atau guru besar atau Ahli-ahli Parlimen atau Pak Lah pun boleh, heh heh. Dan salinan KP serta Passport juga di perlu.

Itu jelah nak cerita sikit berkenaan persiapan, nanti boring pulak blog saya ni. Tapi nak cerita jugak apa yang berlaku di pejabat hari ni, boss saya (iye, boss saya En Wahab) bertanya saya bersungguh ke tidak nak gi kerja Timur Tgh ni? Bukan apa, supaya boleh mengatur maintenance department yang akan di satukan. Oleh itu saya bolehlah di kecualikan dari rancangan tu (selamat saya). Sungguh bertuah gak dapat SM macam dia, boleh berbincang dan memahami.

Oklah, dah banyak dah ni. Nak mula isikan borang-borang yang di terima tu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

No comments:

Post a Comment