Saturday, February 21, 2009

Perkembangan yang baru

Assalamualaikum semua,

Berikutlah sambung cerita berkenaan persiapan untuk permohonan Visa saya dan 3 rakan saya. Pada hari Jumaat, dua hari yang lepas Think+ telah hantar kami borang baru untuk Kelakuan Baik yang sekarang tidak perlu pengesahan dari pegawai kelas A. (Alahai, borang lama dah pun di sahkan serta IC dan Passport)

Ingin saya juga menjelaskan kepada mereka yang hendak menyediakan dokumen x2 tersebut untuk manalipon Think+ untuk dapat maklumat yang betul dan jangan mengangap saja. Dah ramai yang kantoi sbb ikut naluri sendiri tapi setelah sampai kat Think+, ini tak cukup, itu tak cukup. Potong stim lah gitu.

Setelah mengesahkan apa yang perlu kami sediakan dan berbincang sesama kita, kita pun dah bersedia untuk menghantarkan dokumen kita tersebut. Tapi mungkin pada hari Sabtu depan sbb ingin menyimpan 'annual leave'. Nak bercutilah konon sebelum bertolak. Heh Heh. Yang perlu saya sediakan sekarang adalah Surat akuan dalam BM dan juga pengesahan IC dan passport saya. Dengan itu, siaplah segala dokumen untuk process Visa saya.

Sehingga perkembangan yang baru pulak, sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment