Tuesday, February 24, 2009

Berkelah di Hutan Lipur Berkelah

Pada 15hb Februari 2009, Adam, Awang, Abe dan sy berkeluarga telah merancang untuk berkelah di Hutan Lipur Berkelah tidak jauh dari Semuji. (Lebih kurang 20min dari Kem Semuji sbb kena masuk jalan yang tidak berapa elok) off-road kononnye..

Setelah berjumpa di tepi lebuhraya dekat UIA, kita pun berangkatlah untuk menuju ke destinasi kita. Masanya adalah 8:30pg dan perjalanan mengambil lebih kurang 1jam setengah. Simpang masuk tidak jauh dari Kem Semuji tapi jalan ke dalam tidak berapa elok dan ada juga tanah runtuh di alur sungai menyebabkan hakisan yang menutup setengah jalan. Takut nanti jalan tertutup terus kalau tak baiki.

Sampai jugaklah ke destinasi kita, ada sungai yg lebarnya lebih kurang 20kaki dan dalamnya paras lutut. (Lutut Adam kot, sy sampai kat betis je. Hehehe) Kita pun turunlah barang 'picnic' kita dan mesyuarat di bwh pondok. Oleh kerana permandangannya tidak menarik, saya pun bertanyalah Adam ada apa di atas dan air terjun kat mana. Saya tanya sebab dia yang 'promote' air terjun tu sejak merancang lagi. Dia pun kata 15min perjalanan dan kita pun setujulah untuk memindah ke tempat yang di sebutnya itu. Dah sampai separuh jalan, kita pun dah letih dan tanyalah si Adam. Dia kata memang 15min saja, tapi dengan tangan kosong! Aduh! Skrg baru dia cakap! Dah letih dan separuh jalan dah, nak buat macam mana? Dengan anak kecil, dan barang x2 yang ada, kita jalan jelah...

Dah sampai pun.......













Permandangan inilah yang menghilangkan semua keletihan, apa lagi! Turun barang x2 dan berkelahlah jawabnya.

Yang kecik dah turun ke air di ikuti yang besar gak, saya pula memulakan api untuk BBQ. Ada kepak ayam dan sosej je. Makanan yang lain adalah nasi lemak, mee goreng, keropok dan lain x2 lagi.

Awang dengan pose 'machonya'. Anak sy konon boleh tahan jugak lah... Heh heh.

Awang lagi...
Anak saya Lynn dan anak Adam Nurnadzirah.

Lynn dgn gembiranya, sampai menjeleh lidah (Sedapnye air...)

Airnye sejuk dan betul x2 memuaskan! Memang bes!

Tapi di mana ada permulaannya mesti ada penghujungnya. Hari sudah pun lewat dan pada pukul 3:30ptg, kita pun mengemaslah barang x2 kita dan menuju balik ke kereta dan pulanglah ke rumah.

Seronok jugaklah kalau ada peluang lagi untuk pergi ke sana tapi di sungai jelah, sebab tak tahan perjalanan yang letih tu!

Sekian semua, assalamualaikum.

Nanti saya dapat gambar x2 dari mereka dan upload k?



1 comment:

  1. hahahaha....br padan dgn korang semua!!tu la tak bertindak mengikut arahan...tp hasilnye BEST kan?,kalo nak cari tempat yg sampai2 terus masuk air pi la 'sunway lagoon'..btw,bleh jgk bt kenangan engko kat KSA sane nnt.

    ReplyDelete