Monday, October 12, 2009

Singapore Abuzz.

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hari ini saya ingin bercerita tentang pelancongan saya ke Singapura pada 8hb October 2009. (Thanks Jason for the correction) Sebenarnya, tujuan saya pergi ke Singapura adalah untuk interview syarikat Borouge di UAE.

Bermulanya dari malam sebelumnya, saya bertolak pada pukul 8mlm untuk menuju ke Kuala Lumpur dahulu sebab nak ambil Passport saya yang disimpan oleh T+. Sudah lama juga T+ menyimpan Passport saya untuk mengendalikan Visa 'application' saya untuk ke KSA. Dapat juga passport saya dengan pelekat visa saya masa saya mengambilnya pada malam itu. Lepas tu, pergilah ke Pasir Gudang, Johor.

Sampai kat rumah abang saya di Pasir Gudang tu pukul 5 pagi dan selepas rehat seketika, abang saya pun hantar saya dengan isteri saya ke Woodlands untuk naik teksi ke Swissotel Merchant di Merchant road. Cakap pasal Singapura, saya tak tahu sangat tentang negara itu selain daripada Sentosa dan Zoo. Itupun dah lebih kurang 15 tahun tak gi sana.

Malaysian check point.

Taxi stand at Woodlands.

Singapore jam.

Sampai ke hotel tu pada pukul 8 pagi dan masuklah ke dalam dewan untuk isi borang dan bermulanya sesi interview. Masa pegawai memberitahu yang sesi itu akan di jalankan sepanjang hari, saya pun terkejut. Takkan saya nak suruh isteri saya tunggu 1 hari, dan saya pun memberitahu agen berkenaan yang saya tak akan menjalankan interview tersebut. Apa lagi, gi jalan le dengan isteri. Itu tujuan saya sebenarnya sebab ingat 'interview' sekejap je tapi tak tau pulak sepanjang hari.
Clark Quay.
MRT at Clark Quay.

Mula-mula cari kedai makan dulu. Pergi ke Subway, tak halal. Pergi ke kedai satu lagi, nasi lemak je halal. Akhirnya makan je kat Burger King. Susah juga nak cari makanan Halal di Singapura tapi selepas bertanya orang-orang di situ baru tahu mana nak pergi. Di 'shopping centre' ada 'food court' bernama 'Banquet', dan makanan pun beraneka jenis. Yang berlainan adalah ada satu papan tanda di depan menghalang orang dari membawa makanan tak Halal ke dalam. Barulah selesa makan di situ.
Monorail to Sentosa Island.
Keppel Harbour.
Sentosa Island renovations. (Future Development until 2010)

Lepas bersarapan di Burger King, pergilah ke Pulau Sentosa untuk melawat 'Underwater World'. Menggunakan MRT dari Clark Quay station ke Harbour Bay sampailah ke pelabuhan. Untuk ke Pulau Sentosa, naik pula monorail. Pastu naik bas 'Blue Line' ke 'Underwater World'. Banyak juga tempat-tempat untuk di kunjungi. Saya rasa satu hari pun tak habis tapi sebab kesuntukan masa, saya gi ke 'Underwater World' je. Tiket 'Underwater World' org dewasa SD22 seorang. Ok jugak 'Underwater World' ni, macam-macam ikan ada dan boleh suap makan ke ikan pari. Mula-mula takut tapi geli je sebab ikan pari menyedut makanan dan tak de gigi.
Additional games for the theme park.
Songs of the Sea. (Musical at the beach)
Blue Line bus.
At the touch pool.

Eels.
Sea life.
Ray fish.

Octopus.

Crab. (Tak ingat nama)


Nurse sharks.


Overhead view.

Seal performance.

Habis jalan lebih kurang 2 jam, menujulah ke Mustafa Centre. Semua orang kat ofis beritahu ada banyak barang yang murah kat situ so pergi jelah. Tempat ni macam Mydin tapi memang besar kalau banding dengan Mydin, 3 tingkat semuanya tapi panjang. Tak beli apapun, sebab tak berkenaan. Ingat nak tengok barang elektrik tapi tak banyak. Jalan sekejap, kita pun balik ke Rocoh (terminal Johor/ Singapura, Singarupa/ Johor) untuk menaiki teksi balik ke bandar Johor. Akhirnya sampai ke Kuantan pukul 2 pagi.
Sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment