Saturday, October 31, 2009

Preparations, preparations and preparations.

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah 31hb Oktober 2009, hari terakhir untuk bulan Oktober. Heh Heh. Jangan terkejut, bukan berakhirnya .... (If you know what I mean)

Dalam dua hari lagi saya akan terbang ke KSA, untuk memulakan hidup yang baru. Insyaallah segala berjalan lancar. Malam ni sibuk sikit, buat makan untuk kawan-kawan dan saudara. Doa selamat selepas Maghrib.

Persiapan yang di sebut di atas adalah terjemaahan sijil-sijil ke bahasa inggeris untuk di terjemahkan lagi ke bahasa arab di Jubail nanti. Untuk kawan-kawan yang ada di Kuantan, terjemahan saya di buat di Mahkamah magistret Kuantan. Lebih kurang seminggu disiapnya.

Persiapan yang di perlukan (kalau ada silap, tolong betulkan),
Untuk keluarga yang ingin di bawa je.

1. Terjemah ke bahasa inggeris sijil-sijil beranak anak-anak.
2.
Terjemah ke bahasa inggeris sijil kahwin.
3.
Terjemah ke bahasa inggeris sijil-sijil sekolah yang akan di gunakan sahaja. (Berkenaan jawatan yang di ambil je)
4. Gambar belakang putih untuk isteri dan anak-anak. Semua sekali.

Ada lagi yang seterusnya tapi akan di sambung. Minta maaf sebab masa suntuk ni. Kena cari agen yang boleh di percayai, dan yang cepat. Dalam pengetahuan saya, ada Rayhar dan Firestar. Saya akan cuba guna Rayhar sebab murah dan ada yang mengatakan cepat.

Insyaallah saya bersambung secepat mungkin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment