Wednesday, August 12, 2009

Camping and fishing. (Jungle experience)

Sebelum bulan Ramadhan tiba, saya ambil kesempatan untuk pergi berkelah bersama keluarga isteri saya.

Tempat yang kita pergi adalah di Air Putih, Kemaman. Masa yang di ambil untuk sampai ke tempat berkhemah mengambil lebih kurang 2 jam dari Bandar Kuantan. Ada yang panggil tempat tu Jeram Tujuh tapi saya tak pasti itu adalah tempat yang saya pergi.

Kita bertolak dari rumah pukul 9pagi dan berkumpul di Jabor untuk sarapan pagi sebelum berangkat pada pukul 10pagi. Adalah berhenti sini-sana untuk beli barang dan isi minyak tapi tidak lama jugak dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 12tghhari. Tempat yang di tujui itu boleh di lalui oleh kereta (kalau tak sayang) sebab jalan berbatu dan tanah merah di sebabkan tanah runtuh. Tapi telah di ratakan dan ada juga jalan yang elok. Dalam hutan kan, mestilah tanah dan batu. Takkan ada jalan tar pulak. Heh Heh.

Kami pergi dgn 4 buah kereta, 2 4x4, sebuah wira dan perdana saya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi. Kotor jelah kereta. Tujuan pergi ke sana adalah untuk main air sungai sebab ada kanak-kanak, tapi mestilah kat alor yang cetek. Bahaya kalau yang air dalam. Dan untuk yang dewasa, mancinglah, apa lagi! Tapi tak mengecewakan jugak kat tempat tu, ikan baung dan patin di naikkan lepas 5 minit aje! Umpan, cacing. Ada juga ikan lampam yang tersangkut kat pukat. Tapi itu jelah yang dapat kat pukat walaupun pasang lebih 20jam. Ada juga pukat yang di pasang ke atas lagi tapi tak dapat langsung! Mungkin ikan dah cerdik kot?

Ikan yang terkena.

Apapun, yang seronok budak-budak lah. Bila lagi boleh main air dari pagi sampai ke petang. Air kat situ sejuk tapi klau dah biasa, tak rasa le. Saya sendiri pun dah cuba mandi air tu, pada pukul 2 pagi lagi. Memang betul air sejuk tapi selepas berendam, tak rasa pulak. Seronok jugak mandi bogel... (Mintak maaf kalau ada yang terasa.) Tapi memang bes lah.

Masakan yang di hidangkan sepanjang perkhemahan adalah sup tomyam, telur, kari ayam, sardin, ikan masin dan ikan segar yang di tangkap itu. Terima kasih lah kepada yang memasak.

Cukup lah, tengok lah gambar yang ada ni.

Khemah penginapan.

Sungai di kanan dan air mati di belah kiri.

Sungai mengalir ke bawah.

Nampak tenang tapi arus laju tu.

Tersembunyi.

Alur sungai. Belah kiri tempat mandi kanak-kanak.

Alur sungai bertembung sungai besar.

Kita datang dari atas tu.

Kolam kanak-kanak.

Sekian, assalamualaikum.

1 comment:

  1. kat sg lembing ada 1 sungai.. best jugak mandi manda kat situ.. bukan waterfall.. sungai biasa je.. kami pergi situ kutip batu sungai yang banyak kat situ hehe..

    ReplyDelete