Thursday, September 3, 2009

Medical exam.

Salam semua, apa khabar?

Alhamdulillah, segala urusan yang di nantikan telah sampai ke kumuncaknye. Heh heh, jangan fikir lain? Maksud saya, nak sampai ke penghujung dah.

Cerita berkenaan tajuk di atas, memang dah banyak kali saya buat medical tahun ni. Berapa? 3 untuk tahun ni. Yang pertama di KMC bulan 2, pas tu bulan 6 medical tahunan syarikat dan yang terakhir baru minggu lepas di KSH untuk permohonan yang terakhir. Dengan perubahan cara-cara permohonan Visa sekarang, itulah yang kita kena terima. Memang pun dah lama tapi nak buat macam mana? Bukan salah T+ tapi Kerajaan KSA yang buat perubahan ini, mungkin sebab H1N1 ataupun sebab keselamatan negara?

Minggu lepas ada penganas cuba membunuh Prince Muhammad bin Naif di kediaman dia tapi tak dapat. Berita lanjut di sini http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=125899&d=29&m=8&y=2009&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Balik ke medical, semua telah selesai. Medical lulus, dokumen dah serah ke T+. Cuma sekarang tunggu Visa je baru tender 'resignation'. Takut nanti 'delay' lagi plak. Tak leh nak kata, macam-macam boleh berlaku.

Itu sajalah, kepada kawan-kawan beragama Islam, selamat berpuasa dan Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga.

Assalamualaikum.

Thursday, August 20, 2009

Light at the end of the tunnel.

Assalamualaikum, maaf ye. Tajuk atas bukan tentang kematian tetapi berkenaan peluang yang akan di jadi kenyataan. Insyaallah.

Setelah menunggu selama 7 bulan iaitu dari hari interview pada bulan Januari sampai ke hari ini, dapat jugak berita yang block visa telah di terima oleh T+. Alhamdulillah, tetapi medical kena buat sekali lagi. Aiyoh, dahlah tambah berat. Tak exercise lagi tu. Macam mana eh? Tak pe gi je, serah semua ke Allah swt.

Untuk mereka yang 'blur', process visa sekarang bukan macam dulu. Untuk pergi ke KSA, mesti ada block visa ataupun nombor untuk visa application. Lepas tu kena gi 'online' dan dapatkan e-pin. E-pin ini untuk digunakan masa buat medical, itu pun kena pergi ke hospital yang di pilih oleh ministry KSA je. List ada di website embassy masing-masing.

Lepas siap medical, hospital tersebut akan hantar ke embassy negera masing-masing. Kalau guna agen, hard copy medical itu mesti di hantar kepada mereka dan application akan di process. Rasanye lepas 3 hari visa boleh di dapati. Paling cepat kot?

Tapi buat masa ini, T+ tengah process e-pin untuk batch Januari je. Lepas siap batch tu baru buat untuk batch May / June. Tak pasti sangat sebab tak tanya. Hopefully we will get our e-pin this week. Boleh gi buat medical minggu depan. Memang puasa dah kalau nak ambik darah, tapi kena gi kul 12 le. 8 hours fasting kan? Also mentioned by T+, batch ni paling cepat pun akan bertolak lepas raya ni. Takpe, tahun depan boleh raya kat sana. Insyaallah. Doa jelah semua berjalan lancar.

Conclusion. Bukan lampu bilik, bukan lampu 'porch' tapi peluang untuk memulakan hidup yang baru. Heh heh heh.

Sekian, wassalam.

Wednesday, August 12, 2009

Camping and fishing. (Jungle experience)

Sebelum bulan Ramadhan tiba, saya ambil kesempatan untuk pergi berkelah bersama keluarga isteri saya.

Tempat yang kita pergi adalah di Air Putih, Kemaman. Masa yang di ambil untuk sampai ke tempat berkhemah mengambil lebih kurang 2 jam dari Bandar Kuantan. Ada yang panggil tempat tu Jeram Tujuh tapi saya tak pasti itu adalah tempat yang saya pergi.

Kita bertolak dari rumah pukul 9pagi dan berkumpul di Jabor untuk sarapan pagi sebelum berangkat pada pukul 10pagi. Adalah berhenti sini-sana untuk beli barang dan isi minyak tapi tidak lama jugak dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 12tghhari. Tempat yang di tujui itu boleh di lalui oleh kereta (kalau tak sayang) sebab jalan berbatu dan tanah merah di sebabkan tanah runtuh. Tapi telah di ratakan dan ada juga jalan yang elok. Dalam hutan kan, mestilah tanah dan batu. Takkan ada jalan tar pulak. Heh Heh.

Kami pergi dgn 4 buah kereta, 2 4x4, sebuah wira dan perdana saya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi. Kotor jelah kereta. Tujuan pergi ke sana adalah untuk main air sungai sebab ada kanak-kanak, tapi mestilah kat alor yang cetek. Bahaya kalau yang air dalam. Dan untuk yang dewasa, mancinglah, apa lagi! Tapi tak mengecewakan jugak kat tempat tu, ikan baung dan patin di naikkan lepas 5 minit aje! Umpan, cacing. Ada juga ikan lampam yang tersangkut kat pukat. Tapi itu jelah yang dapat kat pukat walaupun pasang lebih 20jam. Ada juga pukat yang di pasang ke atas lagi tapi tak dapat langsung! Mungkin ikan dah cerdik kot?

Ikan yang terkena.

Apapun, yang seronok budak-budak lah. Bila lagi boleh main air dari pagi sampai ke petang. Air kat situ sejuk tapi klau dah biasa, tak rasa le. Saya sendiri pun dah cuba mandi air tu, pada pukul 2 pagi lagi. Memang betul air sejuk tapi selepas berendam, tak rasa pulak. Seronok jugak mandi bogel... (Mintak maaf kalau ada yang terasa.) Tapi memang bes lah.

Masakan yang di hidangkan sepanjang perkhemahan adalah sup tomyam, telur, kari ayam, sardin, ikan masin dan ikan segar yang di tangkap itu. Terima kasih lah kepada yang memasak.

Cukup lah, tengok lah gambar yang ada ni.

Khemah penginapan.

Sungai di kanan dan air mati di belah kiri.

Sungai mengalir ke bawah.

Nampak tenang tapi arus laju tu.

Tersembunyi.

Alur sungai. Belah kiri tempat mandi kanak-kanak.

Alur sungai bertembung sungai besar.

Kita datang dari atas tu.

Kolam kanak-kanak.

Sekian, assalamualaikum.

Thursday, August 6, 2009

New regulations for pilgrims.


Anti-flu steps finalized for Umrah pilgrims.
Muhammad Humaidan Arab News

JEDDAH: Precautionary measures against the spread of swine flu during the upcoming holy month of Ramadan have been approved by the committee on Haj and Umrah at the Makkah Chamber of Commerce and Industry and the Health Affairs Department in Makkah province, according to chairman of the committee Saad Jameel Al-Qurashi.

He explained that, under these measures, Umrah companies will be asked to provide resident medical doctors in all hotels in the holy city to examine and follow up the health condition of the occupants and to refer infected people to the government hospitals for treatment.

“A seminar to enlighten pilgrims about precautionary measures will be held in Makkah in September with the participation of a number of doctors and specialists,” he said. Al-Qurashi said Umrah companies would distribute masks among pilgrims coming from outside and added that awareness programs would be implemented to curb the spread of the disease among the guests of God.

He said the committee will sign contracts with a number of private hospitals and clinics to provide medical doctors to reside in hotels in Makkah to follow up on the health conditions of the residents and enlighten them about the precautionary measures they should follow to avoid the virus. Al-Qurashi asked all citizens, visitors and pilgrims to abide by the health measures to curb the spread of the swine flu and said all the health sectors in the holy city are geared up to take preventive and curative measures against the virus, particularly that a large number of people who flock into Makkah for Umrah during Ramadan are old people who are more susceptible to the infection. Al-Qurashi noted that pilgrims who have come for Umrah so far this year number more than 300,000 over the same period last year. He added that all government departments are doing their best to ensure that pilgrims perform their Umrah and Haj in ease and comfort. He also noted a drop in the number of external businessmen and VIPs coming for Umrah this year and said as a result, the prices of five-star hotels have gone down by 20 percent to 30 percent.

“It is obvious that this category of people were scared by the swine flu,” he added.Al-Qurashi said that it was natural for the prices of bus fares to rise by up to 20 percent during Ramadan because most of the buses are rented from neighboring countries.

Meanwhile, under instructions of Health Minister Abdullah Al-Rabeeah, the director of health affairs in Makkah, Dr. Khaled Obaid Zafar, presided over a meeting Wednesday which grouped together his assistants for curative and preventive medicine, directors of health affairs in Jeddah, Taif and Qunfudah and directors of general hospitals in the region to prepare the health plan for the month of Ramadan, especially under the light of the current swine flu pandemic.

Spokesman of health affairs in Makkah, Faiq Hussein said the meeting discussed precautionary and preventive measures that could be taken to protect visitors of the Grand Mosque during the fasting month.

“It also discussed the readiness of all hospitals to deal with emergency cases,” he added

Friday, July 17, 2009

Masih menunggu.

Salam semua dan maaf sekali lagi sebab tak 'update' blog saya. Dah lebih sebulan duk sibuk (tak sibuk sangat, buat sibuk je) kerja dan bersama anak-anak. Mana tahu dalam masa terdekat ni insyallah dapat Visa. Ye, Visa masih tak dapat lagi.

Info yang terbaru dari T+ adalah Good conduct certificate telah pun di lulus. Untuk 'batch' saya yang ada lebih krg 40 org. Untuk yang 'batch' selepas tu lebih kurang 80org dapat offer untuk kerja di KSA. Yang tu pun block visa tak dapat lagi. Di katakan dalam 'final stages'.

Cerita pasal yang lepas, BPC telah mengadakan Family Day pada 4hb Julai di Awana Kijal. Saya adalah salah seorang AJK yang mengendalikan pengaturan tersebut. Macam-macam ada, tapi sampai pukul 3 ptg je. 'Booth' yang paling laku adalah 'coconut bowling' di mana kalau dapat jatuhkan semua pin, dapat patung dari IKEA. Ada juga yang tak dapat selepas mencuba sampai 12kali! Kesiannya, tapi ada juga rakan kerja yang sanggup mendermakan satu kepadanya. Ada juga kuda, 'inflatables' (mainan yang kena isi angin tu), sukan, dan 'telematch' serta makanan pagi dan tengahhari.

Dengan adanya kolam renang, anak saya apa lagi. Serang air le, dari tghhari sampai petang dia main air. Sampai tak nak makan. Pertunjukkan ahli silap mata dari Fuyoh magic pun dia tak gi tengok. Letih jugak kesini-kesana dan pada petang tu, lega dah habis. Boleh rehat, dan berendam dalam kolam renang. Daniel pun bersama juga pada sessi petang tu. Lynn pun tak tinggal, main jugak air sampai nak terjun kat air dalam lagi...

Itu lah cerita yang lalu, sekarang ni pulak tengah 'shutdown' untuk seminggu.

Sekian, wassalam.

Wednesday, June 10, 2009

The long absense.

Minta maaf banyak-banyak kepada pembaca blog saya ni. Agak lama jugak tak tulis, disebabkan juga sebab memang senyap pun. Nak update progress Visa, tak de lagi. Nak cerita pasal kerja, takut kena saman pulak.

Tapi hari ini saya cerita berita yang kira gembira juga sebab kawan yang telah menjejak ke KSA telah kembali selepas 6 bulan di sana. (6 bulan kot?) Takpe, kalau tak betul nanti dia 'updatekan' saya. Memang gembira jumpa kawan, siapa yang tak gembira bukan kawan sejatilah tu... Heh Heh. Harap ada yang tak terasa ye?

Angost le yang saya ceritakan ni. Dia sampai kat Malaysia minggu lepas lagi sebab nak 'settlekan' perkara-perkara yang tak dapat di elakkan. Balik pun sebab rindu kat anak-anak dan bini gak. Pasal keluarga saya ketepikan, cerita pasal kerja k?

Sebelum bercerita mengenai pengalaman dia di sana, saya nak cakap sikit pasal Visa saya dan yang lain-lain yang akan pergi bersama, Insyallah. Setakat ni, block visa belum di terima oleh Think+ di sebabkan hendak menarik quota dari pekerja rakyat india dan bagi ke orang Malaysia. Di beritahu oleh T+, block visa kali ini akan di bawa oleh orang Sabic 13hb ni. Kali ni mereka akan ke sini untuk 'interview session' yang ke empat. Kita boleh berdoa jelah harap-harap betul block visa itu akan ke sini masa tu. Ada kawan-kawan yang tak sabar dah untuk menerima berita berkenaan 'application' tu termasuk saya juga. Insyallah saya akan update berita pada 14hb Jun ini.

Ok, gi ke Angost pulak. Dia tak bawak bini dan anak-anak sebab tak dapat 'family package' tapi alhamdulillah dia di naikkan ke panel selepas kerja beberapa bulan je. Tahniah Angost. Dia beritahu masa dia sampai kat sana dia terkejut sebab 'culture' yang berlainan so yang akan pergi ke sana kena bersedia untuk perubahan supaya boleh 'blend in' dengan orang di sana. Borak tak borak, sekejap je 3 jam. Hujan lebat pulak tu.

Oh, jumpa jugak kawan dia yang balik sekali. Hisyam namanye. Saya bertanya berkenaan bank di sana, Angost buka akaun Saudi Hollandi dan Hisyam buka di Riyadh Bank. Syarikat akan masuk gaji ke bank berkenaan masa gaji di keluarkan. Dan kalau ada siapa nak 'transfer' diut tu ke bank di Malaysia di kenakan SR80 untuk setiap transaksi. Tak kira berapa pun. Kalau 'transfer' melalui bank, mahal pulak kos dia.

Panjang dah... Akan di sambung...

Sekian, assalamualaikum.

Thursday, May 14, 2009

Gambang Water Park, Kuantan.

Minggu lepas, Persatuan SRC kami telah di jemput oleh pengurusan Sentoria yang mengendali Gambang Water Park di Gambang, Kuantan. Menurut mereka, tema itu akan di rasmikan pada hujung bulan 5 ini. Tetapi setelah melawat tapak tersebut, ada jugak la was-was yang tempat itu boleh di siapkan pada tarikh yang di sebut itu.

Setelah berborak panjang lebar, nampaknya tema air itu akan di buka pada bulan Julai tahun ini. Pasal tarikh buka, saya letakkan gambar untuk semua menghitungkan boleh ke tak boleh.

Overview of Gambang Water Park.

Ini di panggil penguin island.
Macam Middle east la pulak!

Artificial beach.

Err, no comments!

Slide...



Penguin Island.


Club house kot?


Dan menurut mereka, slide yang akan di adakan di situ adalah terpanjang di Asia. Check it out! Website boleh di layar di http://www.sentoria.com.my/leisure_hospitality_waterpark.html

Siapa nak gi cuba, bolehlah dalam bulan September kot, bayaran pun murah. Bawah RM20 seorang.

Sekian, wassalam.