Thursday, September 3, 2009

Medical exam.

Salam semua, apa khabar?

Alhamdulillah, segala urusan yang di nantikan telah sampai ke kumuncaknye. Heh heh, jangan fikir lain? Maksud saya, nak sampai ke penghujung dah.

Cerita berkenaan tajuk di atas, memang dah banyak kali saya buat medical tahun ni. Berapa? 3 untuk tahun ni. Yang pertama di KMC bulan 2, pas tu bulan 6 medical tahunan syarikat dan yang terakhir baru minggu lepas di KSH untuk permohonan yang terakhir. Dengan perubahan cara-cara permohonan Visa sekarang, itulah yang kita kena terima. Memang pun dah lama tapi nak buat macam mana? Bukan salah T+ tapi Kerajaan KSA yang buat perubahan ini, mungkin sebab H1N1 ataupun sebab keselamatan negara?

Minggu lepas ada penganas cuba membunuh Prince Muhammad bin Naif di kediaman dia tapi tak dapat. Berita lanjut di sini http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=125899&d=29&m=8&y=2009&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Balik ke medical, semua telah selesai. Medical lulus, dokumen dah serah ke T+. Cuma sekarang tunggu Visa je baru tender 'resignation'. Takut nanti 'delay' lagi plak. Tak leh nak kata, macam-macam boleh berlaku.

Itu sajalah, kepada kawan-kawan beragama Islam, selamat berpuasa dan Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment