Sunday, November 8, 2009

Day 5 (Medical)

Assalamualaikum dan ahlan wahsahlan.

Hari ini adalah hari yang di rancangkan untuk pergi membuat ‘medical examination’. Tapi pada pagi hari itu, sesuatu peristiwa telah berlaku di mana ‘transport’ yang sepatutnya mengambil pekerja kayan dari ‘apartment’ kita datang dengan ‘van’ sahaja untuk mengambil lebih kurang 20 orang! Bayangkan van sebesar Kia Pregio mengambil 20 orang. Macam ‘sardin’ dan oleh kerana terlalu penuh, 5 orang tidak dapat naik kenderaan tersebut. Selepas drebar menalipon ‘boss’ dia kot, dia berkata van lain akan datang untuk mengambil yang ‘balance’. Lepas 20 minit, ‘transport’ tersebut tidak datang lagi tapi nasib baik ada Hadlynoor untuk memberi tumpang ke 5 orang ini.

Lepas sampai di ‘site’, kita pun membuat kerja masing-masing sebelum menunggu bas yang akan pergi ke Al Lulu Dispensari di mana ‘medical examination’ akan di jalankan. Dengan kertas yang di beri oleh James pada Rabu lepas, kami pun mendaftarkan nama untuk ujian tersebut. Ujian yang akan di jalankan adalah di makmal di mana darah akan di ambil (bekas yang di beri oleh klinik Kayan untuk kencing dan tahi telah di serah ke ‘nurse’ di situ). Dan x-ray, ECG, ujian paru-paru, Spirogram, audiogram, opthamology, internist dan dermatology (tidak ikut susunan). Dari pukul 9:30 pagi sampai ke 10:45 pagi sudah selesai ‘medical examination’ tersebut. Dengan rasa lapar sebab berpuasa malam sebelum yang di wajibkan, kita berempat pun makan di kedai makan yang ada di sebelah hospital tersebut.

Van yang sampai pukul 11:45 pagi membawa kita balik ke ‘site’ dan selepas sholat dan makan tengahhari, kita pun balik ke pejabat masing-masing. Pukul 4 petang, saya dengan Nizam pun bersedia menunggu di pagar depan untuk di bawa ke ‘Deffi centre’ untuk membuat ujian malaria. Terima kasih la kepada En Shahril yang telah sudi mengambil dan menghantar kita berdua ke destinasi tersebut. Selepas menunjuk kertas yang juga di beri oleh klinik di Kayan, orang arab di kaunter itu yang tidak tahu satu ayat inggeris bawa kita ke orang yang berkenaan. Selepas setengah jam, kita pun sudah siap dengan ujian malaria itu. Tak ada apa je, cuma cucuk sikit hujung jari dan ambil 4 titik darah dan di letak di atas kaca makmal.

Habis di ‘Deffi centre’, En Shahril pun bawa kita ke rumah dia untuk menjadi tetamu dan saya pula nak berSkype dengan isteri saya. Ingat nak pergi ‘Cyber’ je lepas Deffi tu tapi di bawa ke rumah kawan kita itu tapi alhamdulillah En Shahril bagi saya pinjam laptop dia dengan broadband dia. Boleh gak berhubung dengan isteri saya yang telah di janji pada awal hari. Kak Neeza pulak siapkan makanan malam dan menjemput kita bermakan malam di sana. Masakan Malaysia pulak tu, susah nak tolak sebab rezeki jangan di tolak kan? Heh Heh. Thank you Kak Neeza. Sedap masakan Kak Neeza. En Shahril pun hantar kita balik ke ‘apartment’ pukul 8 malam sebab telah berjanji dengan En Aris pada pukul 8:30 malam.

Balik, mandi dan siap lah untuk En Aris membawa kita ber3 pulak yang termasuk Tuan Razman untuk ke bandar. Selepas pusing-memusing, kita pun berhenti di sebuah restoran Thailand yang ada di tengah bandar Jubayl ni. Betul-betul depan ‘Jubayl Commercial Port’.

Terima kasih pulak ke En Aris sebab sudi membawa kita ke restoran tersebut. Siap makan, kita pun balik ke ‘apartment’. Zzzzzzzzzzzz.........

Wassalam.

1 comment:

  1. time kasih sudi datang pondok kami... maaflah makanan simple je sebab Kak neeza bukannya reti masak.. lain kali jangan serik datang lagi ya...

    ReplyDelete