Tuesday, January 5, 2010

My Iqama and Umrah.

Assalamualaikum, semua. Minta maaf sebab tak update blog ini sebab tak ada berita yang menarik sampai hari ini. Banyak yang telah berlaku dan inilah ceritanya.

Hari ini, 30hb Disember 2009 adalah hari yang saya dapat Iqama. Dan Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 bulan menunggu akhirnya mencapai kegembiraan dengan penerimaan permit tersebut.

E-mail di hantar oleh GR untuk mengambil Iqama di terima pada pagi hari dan oleh kerana ia boleh di ambil dari 1 ke 3 petang je, pada pukul 1 lah saya dah menunggu di sana. Iqama saya adalah dalam bentuk kad. Bukan semua menerima kad selepas bertanya dengan Jelmar, dan jawabnya ini terpulang kepada kerajaan Saudi. Sistem yang baru katanya.

Proses seterusnya adalah untuk membuat ID kad saya, dengan borang yang telah lama di simpan saya pun bawa kertas tu ke Sultan Al-Sultan untuk di masukkan ke dalam SAP berserta dengan tandatangannya. Lepas tu gi ke Belal untuk mengemaskini nombor Iqama dalam sistem dan menuju balik ke GR untuk pengesahan. Siap semua, pergi pulak ke ID department untuk buat kad ID saya tapi kena bawa ‘photocopy’ Iqama dan passport. Sekejap je proses kad ID tu, dengan mengambil gambar dan mencetak kad tu dengan serta merta.

Setelah siap semua, saya pun mencarilah jalan untuk ke Makkah untuk buat Umrah saya. Selepas bertanya kawan-kawan jika ada sesiapa yang akan pergi, jawapannya adalah tiada so pergilah seorang je dengan menaiki kapal terbang. Oleh kerana tiket kat agen penuh, kena pergi kat lapangan terbang untuk mencuba nasib dan alhamdulillah ada jugak tiket untuk pukul 8 pagi. Tapi untuk tiket balik, kelas ekonomi sudah penuh dan terpaksa saya beli tiket ‘Business class’ dengan harga SAR940! Ini disebabkan keinginan untuk pergi ke Makkah dengan sepenuh hati.

Di Masjidil Haram pada waktu malam.

Menurun di Jeddah ‘airport’, saya pun menaiki teksi untuk ke Makkah dengan harga SAR150. Perjalanan lebih kurang 1 jam saja. Setiba di Makkah, saya pun di jemput oleh Joe yang telah sampai pada pagi hari. Umrah saya mengambil lebih kurang 1 jam 30 minit, yang termasuk solat Zohor. Alhamdulillah semua selesai dan meronda lah sikit kat Kota Makkah tu. Buatlah ‘shopping’ sikit.

Di 'upgrade'kan ke First Class.

Balik pada hari Jumaat, saya di jemput oleh En Aris. Terima kasih lah kepada En Aris kita.

Cerita seterusnya adalah untuk persiapan ‘Famly visa’ pada lain hari… Sekian untuk hari ini.

Wassalam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah... only those are chosen saja yang dapat menjejakkan kaki kesana. Umrah makbullah!
    InsyaAllah, nanti boleh pergi lagi.. bawak family pulak ke :)

    ReplyDelete