Wednesday, April 8, 2009

Holiday at the hills.

Assalamualaikum semua, mintak maaf lah lama tak update. Sebenarnya tak ada apa yang kena update pun, semua senyap je. Ini adalah kisah percutian keluarga saya di Genting Highlands minggu lepas.

Perjalanan bermula pada hari Khamis, selepas 'breakfast' lebih kurang pukul 10pagi kami pun bertolak dari Kuantan. Cuaca mendung ala-ala panas sikit dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Itu pun sebab berhenti acak kali di R&R untuk rehat dan solat.

Sampailah di atas bukit lebih kurang 2:30ptg. Tempat yang pertama kami tuju adalah 'Splash pool' dan ini adalah sebab utama kami bercuti di situ untuk si kecik tu bermain air. Baju renang pun beli yang baru.




Yang lemah masa kat situ adalah masa menunggu untuk 'check-in', masa daftar nama tu ada lebih kurang 150 org sebelum saya. Semua guna nombor, so tahulah berapa orang yang menunggu dan masa yang di ambil lebih kurang 2jam! Apa lagi, hantarlah bini dan anak-anak gi main air dulu. Nasib baik masa nak gi counter, lebih kurang 5 org aje sebelum tiba nombor saya. 5 minit dan dah 'settle'. Kalau siapa nak bercuti di Genting Highlands, 'check-in' sebelum 1ptg.

Masa pun dah nak masuk Maghrib dan kami pun bersiaplah ke bilik untuk mandi, solat dan bersolek (heh heh untuk bini lah). Pergilah makan dengan mak-ayah saya serta keluarga kawan mak saya. Dah lepas main air dan udara yang sejuk mestilah lapar kan?



Keluarga saya yang belakang tu...

Sebelum tiba di kedai makan, Daniel pun dah mula dengan 'nak main, nak main' sebab 'game-game' semua di sebelah kedai makan. Apa lagi, yang dewasa makan, yang kecik main. Sebelum ni saya pun dah beli unlimited pass untuk dia, bayar sekali untuk setahun dan boleh main kat indoor dan outdoor. Dah tahu akan pergi lebih 3 kali setahun, kira-kira save jugaklah.
Mainlah dengan puas Daniel...





Memang puas pun Daniel main, dan Lynn pun berjalan merata-rata.







Letih berjalan.

Pada esok hari, kami pun ke outdoor park. Dapat jugak lah patung untuk Lynn.



Patung tu lebih besar dari Lynn...

Cuaca ok, udara pun sejuk sikit sebab mendung. Kami tak main pun sebab yang kecik tu tak de orang nak jaga, Daniel je yang sibuk. (Maaf la, lupa nak ambil gambar banyak.)

Sampailah masa untuk makan tengahhari, dah lebih kurang pukul 2ptg. Kami pun berkumpul di Happy Valley Restoran dan bersarapan. Lepas habis makan, Daniel pun ngantok dan tidur atas bahu saya. Dan Lynn yang letih berjalan tu pun tidur jugak. Maka kami pun baliklah...

No comments:

Post a Comment