Monday, March 23, 2009

Bagai air tidak di usik.

Assalamualaikum semua, minta maaf lama tak menulis di blog saya ini. Ringkas ceritanya adalah sebab tidak ada apa-apa menarik dan perkembangan pun macam tajuk di atas. Nak geram tak boleh, nak marah tak boleh dan nak sedih pun control jelah. Kesabaran adalah sesuatu yang di ajar oleh Allah s.w.t dan apa yang saya boleh buat adalah berdoa je.

Oleh kerana T+ tidak dapat lagi block visa dari KSA, maka process application tidak dapat di hantar lagi oleh mereka. Tiap-tiap minggu jugak lah saya bertanya dan si Farah pun takleh nak jawab. Nak buat macam mana, sabar jelah...

Untuk menambahkah kesabaran itu adalah membaca blog Neezashahril dan blog-blog yang lain yang ada update. Tahniah kepada Kak Neeze yang tidak terputus-putus dengan blognye! Baru tak bosan.

Menambah cerita saya dari blog yang sebelum ni, Lynn, anak perempuan saya telah pulih dari HFMD yang telah di sahkan oleh Dr Lee dari KSH. Katanye virus itu dah tak ada, (tak ada?) saya tanya, dan jawab dr tu sebab demam dah tak ada, virus pun tak adalah. Mmmm, betul jugak cakap dia, virus kalau ada akan menyebabkan demam atau symptom yang lain seperti muntah, pening, sakit badan dll lagi kot? Bersyukurlah dan semua ini dalam 4 hari je. Tapi dapatlah parut kat lutut dia akibat dari jerawat (nampak macam jerawat, tak tahu nama betul) sebesar 5 sen mak ooi! Sekarang jalan je kerja dia, duduk pun sebab letih. Gigi pun dah ada 3, 2 di bawah dan 1 di atas. Maaf ye, tak sempat nak ambil gambar, masa nak ambil mulut dia tutup plak! Heh heh, nanti saya cuba lagi.

Oklah, nanti tulis panjang sangat bosan la pulak. Sekian, assalamualaikumwaramatullahiwabbarakatu.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. dah sihat dia.. lega sikit Firdaus nak datang KSA kan.
    by the way, Firdaus akan ke Jubail atau Yanbu? Kalau Jubail, boleh la masak kuey teow goreng penang tu huhuuuu... :P

    ReplyDelete