Depan Kim's.
Hari ini juga tibanya rakan-rakan dari Malaysia, keseluruhannya 20 orang. Tiba di Kim’s lebih kurang pukul 1 petang. Tapi, mereka tak perlu menunggu lama di Lapangan terbang sebab kenderaan telah menungu mereka. Dan mereka tersangkut di imigresen untuk 1 jam sahaja. Nampaknya imigresen di Dammam sudah ‘improve’. Ye ke tidak, kita tengok dulu.
Dalam bas.
Lepas balik kerja, boraklah dengan mereka di tingkat atas. Cerita lebih kurang sama je tapi ada sikit ‘delay’ kapal terbang mereka di Doha dan di Dammam. Di Doha, kapal terbang itu terpaksa menunggu 45 minit sebelum boleh terbang dan di Dammam, kena tunggu 15 minit baru boleh turun. Masalah sikit je tu. Yang lain macam biasa, cuaca ok dan makan setakat ni ok lagi le.
Malam pula, saya ajak kawan Sipchem untuk beli broadband sebab dah bosan pergi ke ‘Cyber’, dan kalau boleh lagi bagus tapi nak cari STC sebab ‘coverage’ lebih bagus dari Mobily. Tapi kedai tu habis stok dan terpaksalah pergi ke Al Khobar. Insyaallah boleh dapat.
Duduk kat ‘coffee house’ sampai pukul 11:30 malam, baliklah tidur.
Wassalam.