Saturday, October 31, 2009

Preparations, preparations and preparations.

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah 31hb Oktober 2009, hari terakhir untuk bulan Oktober. Heh Heh. Jangan terkejut, bukan berakhirnya .... (If you know what I mean)

Dalam dua hari lagi saya akan terbang ke KSA, untuk memulakan hidup yang baru. Insyaallah segala berjalan lancar. Malam ni sibuk sikit, buat makan untuk kawan-kawan dan saudara. Doa selamat selepas Maghrib.

Persiapan yang di sebut di atas adalah terjemaahan sijil-sijil ke bahasa inggeris untuk di terjemahkan lagi ke bahasa arab di Jubail nanti. Untuk kawan-kawan yang ada di Kuantan, terjemahan saya di buat di Mahkamah magistret Kuantan. Lebih kurang seminggu disiapnya.

Persiapan yang di perlukan (kalau ada silap, tolong betulkan),
Untuk keluarga yang ingin di bawa je.

1. Terjemah ke bahasa inggeris sijil-sijil beranak anak-anak.
2.
Terjemah ke bahasa inggeris sijil kahwin.
3.
Terjemah ke bahasa inggeris sijil-sijil sekolah yang akan di gunakan sahaja. (Berkenaan jawatan yang di ambil je)
4. Gambar belakang putih untuk isteri dan anak-anak. Semua sekali.

Ada lagi yang seterusnya tapi akan di sambung. Minta maaf sebab masa suntuk ni. Kena cari agen yang boleh di percayai, dan yang cepat. Dalam pengetahuan saya, ada Rayhar dan Firestar. Saya akan cuba guna Rayhar sebab murah dan ada yang mengatakan cepat.

Insyaallah saya bersambung secepat mungkin.

Wassalam.

Monday, October 12, 2009

Singapore Abuzz.

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hari ini saya ingin bercerita tentang pelancongan saya ke Singapura pada 8hb October 2009. (Thanks Jason for the correction) Sebenarnya, tujuan saya pergi ke Singapura adalah untuk interview syarikat Borouge di UAE.

Bermulanya dari malam sebelumnya, saya bertolak pada pukul 8mlm untuk menuju ke Kuala Lumpur dahulu sebab nak ambil Passport saya yang disimpan oleh T+. Sudah lama juga T+ menyimpan Passport saya untuk mengendalikan Visa 'application' saya untuk ke KSA. Dapat juga passport saya dengan pelekat visa saya masa saya mengambilnya pada malam itu. Lepas tu, pergilah ke Pasir Gudang, Johor.

Sampai kat rumah abang saya di Pasir Gudang tu pukul 5 pagi dan selepas rehat seketika, abang saya pun hantar saya dengan isteri saya ke Woodlands untuk naik teksi ke Swissotel Merchant di Merchant road. Cakap pasal Singapura, saya tak tahu sangat tentang negara itu selain daripada Sentosa dan Zoo. Itupun dah lebih kurang 15 tahun tak gi sana.

Malaysian check point.

Taxi stand at Woodlands.

Singapore jam.

Sampai ke hotel tu pada pukul 8 pagi dan masuklah ke dalam dewan untuk isi borang dan bermulanya sesi interview. Masa pegawai memberitahu yang sesi itu akan di jalankan sepanjang hari, saya pun terkejut. Takkan saya nak suruh isteri saya tunggu 1 hari, dan saya pun memberitahu agen berkenaan yang saya tak akan menjalankan interview tersebut. Apa lagi, gi jalan le dengan isteri. Itu tujuan saya sebenarnya sebab ingat 'interview' sekejap je tapi tak tau pulak sepanjang hari.
Clark Quay.
MRT at Clark Quay.

Mula-mula cari kedai makan dulu. Pergi ke Subway, tak halal. Pergi ke kedai satu lagi, nasi lemak je halal. Akhirnya makan je kat Burger King. Susah juga nak cari makanan Halal di Singapura tapi selepas bertanya orang-orang di situ baru tahu mana nak pergi. Di 'shopping centre' ada 'food court' bernama 'Banquet', dan makanan pun beraneka jenis. Yang berlainan adalah ada satu papan tanda di depan menghalang orang dari membawa makanan tak Halal ke dalam. Barulah selesa makan di situ.
Monorail to Sentosa Island.
Keppel Harbour.
Sentosa Island renovations. (Future Development until 2010)

Lepas bersarapan di Burger King, pergilah ke Pulau Sentosa untuk melawat 'Underwater World'. Menggunakan MRT dari Clark Quay station ke Harbour Bay sampailah ke pelabuhan. Untuk ke Pulau Sentosa, naik pula monorail. Pastu naik bas 'Blue Line' ke 'Underwater World'. Banyak juga tempat-tempat untuk di kunjungi. Saya rasa satu hari pun tak habis tapi sebab kesuntukan masa, saya gi ke 'Underwater World' je. Tiket 'Underwater World' org dewasa SD22 seorang. Ok jugak 'Underwater World' ni, macam-macam ikan ada dan boleh suap makan ke ikan pari. Mula-mula takut tapi geli je sebab ikan pari menyedut makanan dan tak de gigi.
Additional games for the theme park.
Songs of the Sea. (Musical at the beach)
Blue Line bus.
At the touch pool.

Eels.
Sea life.
Ray fish.

Octopus.

Crab. (Tak ingat nama)


Nurse sharks.


Overhead view.

Seal performance.

Habis jalan lebih kurang 2 jam, menujulah ke Mustafa Centre. Semua orang kat ofis beritahu ada banyak barang yang murah kat situ so pergi jelah. Tempat ni macam Mydin tapi memang besar kalau banding dengan Mydin, 3 tingkat semuanya tapi panjang. Tak beli apapun, sebab tak berkenaan. Ingat nak tengok barang elektrik tapi tak banyak. Jalan sekejap, kita pun balik ke Rocoh (terminal Johor/ Singapura, Singarupa/ Johor) untuk menaiki teksi balik ke bandar Johor. Akhirnya sampai ke Kuantan pukul 2 pagi.
Sekian, assalamualaikum.

Friday, October 9, 2009

A new beginning.

Salam semua, dan alhamdulillah sebab setelah selama 8 bulan menunggu, hasil menunggu telah dicapai.

Apa yang saya maksudkan di atas adalah Visa saya. Setelah masalah-masalah me'modern'kan visa application untuk ke KSA, akhirnya saya telah mendapat passport dengan approved visa.

Itu pun selepas 2 kali ke KL. Tapi, syukur dan legalah hati selepas tengok dengan sendiri 'sticker' yang ada di passport saya itu. "Resignation' saya pun dah 'tender'.
Sekian, assalammualaikum.

Wednesday, October 7, 2009

Salam di bulan Syawal

Assalammualaikum warahmatullah,

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Salam sejahtera.

Ingin juga saya meminta maaf sebab lama tak update blog saya ni. Baru saya tahu jugak ada yang baca untuk mengetahui perkembangan terkini dari saya tapi setakat ini, dukacita untuk memberitahu tidak ada yang menarik. Dari bulan Februari lepas, kerja saya adalah menunggu dan menunggu tapi alhamdulillah nampaknya ada yang menarik kebelakangan ini.


Di sebabkan kerajaan KSA nak 'modern'kan proses visa application dan 'migrant control', online medical dan e-pin serta 'bar code' telah di masukkan ke proses itu.

Ceritanya begini, dulu kena buat 'medical checkup' dan hantar semua dokumen ke agen tapi sekarang kena tunggu 'block visa'. Lepas tu kena tunggu agen masuk ke 'website' KSA dan 'create' e-pin. Lepas dapat e-pin barulah 'candidate' pergi buat 'medical checkup' di hospital tapi yang ada dalam senarai saja.

Letter with e-pin number.

New medical form.

Siap 'medical checkup', hantar semua dokumen ke agen masing-masing. Lepas tu kena tunggu pulak untuk embassy keluarkan 'bar code' candidate, canggih dah sekarang tapi baru lagi so memang ada sekatan-sekatan. Harap-harap semua ini akan mempercepatkan proses yang akan datang, insyaallah.

'Bar code' ini adalah identity kita, macam barang kat 'supermarket'le, heh heh. Pergi embassy, swipe. Pergi airport, swipe. Pergi imigrsen, swipe. Jadi 'product' pulak lah kita.

Untuk berita terkini, passport saya ada ti tangan 'embassy' KSA di KL. Menurut T+, untuk via application. Dah 3 hari dah passport saya ada di sana, itupun sebab sebelum tu ada masalah 'bar code' dan 'online medical'. Benda baru, apa nak buat. Tapi semua sekatan dah 'settle' dan sekarang tunggu jelah.

Pengumuman, sesiapa yang hendak mencuba cari kerja di UAE boleh pergi ke Swissotel Merchant Hotel di Singapore pada esok hari. Jawatan-jawatan ada di senarai di bawah ni.

Instrument Control Engineers
Inventory Controllers
Warehouse Supervisors
Mechanical Planners
E&I Planners
Schedulers
Contracts Engineers
Inspection Engineers
Condition Monitoring Engineers
Mechanical Trainers
E&I Trainers
Production Planners
Laboratory Technicians
Production Planners


For information about Borouge, please visit our website www.borouge.com
_________________________________________
Borouge - SHAPING the FUTURE with PLASTICS


Oklah setakat ni, sekian.

Wassalam.