Friday, July 17, 2009

Masih menunggu.

Salam semua dan maaf sekali lagi sebab tak 'update' blog saya. Dah lebih sebulan duk sibuk (tak sibuk sangat, buat sibuk je) kerja dan bersama anak-anak. Mana tahu dalam masa terdekat ni insyallah dapat Visa. Ye, Visa masih tak dapat lagi.

Info yang terbaru dari T+ adalah Good conduct certificate telah pun di lulus. Untuk 'batch' saya yang ada lebih krg 40 org. Untuk yang 'batch' selepas tu lebih kurang 80org dapat offer untuk kerja di KSA. Yang tu pun block visa tak dapat lagi. Di katakan dalam 'final stages'.

Cerita pasal yang lepas, BPC telah mengadakan Family Day pada 4hb Julai di Awana Kijal. Saya adalah salah seorang AJK yang mengendalikan pengaturan tersebut. Macam-macam ada, tapi sampai pukul 3 ptg je. 'Booth' yang paling laku adalah 'coconut bowling' di mana kalau dapat jatuhkan semua pin, dapat patung dari IKEA. Ada juga yang tak dapat selepas mencuba sampai 12kali! Kesiannya, tapi ada juga rakan kerja yang sanggup mendermakan satu kepadanya. Ada juga kuda, 'inflatables' (mainan yang kena isi angin tu), sukan, dan 'telematch' serta makanan pagi dan tengahhari.

Dengan adanya kolam renang, anak saya apa lagi. Serang air le, dari tghhari sampai petang dia main air. Sampai tak nak makan. Pertunjukkan ahli silap mata dari Fuyoh magic pun dia tak gi tengok. Letih jugak kesini-kesana dan pada petang tu, lega dah habis. Boleh rehat, dan berendam dalam kolam renang. Daniel pun bersama juga pada sessi petang tu. Lynn pun tak tinggal, main jugak air sampai nak terjun kat air dalam lagi...

Itu lah cerita yang lalu, sekarang ni pulak tengah 'shutdown' untuk seminggu.

Sekian, wassalam.