Wednesday, June 10, 2009

The long absense.

Minta maaf banyak-banyak kepada pembaca blog saya ni. Agak lama jugak tak tulis, disebabkan juga sebab memang senyap pun. Nak update progress Visa, tak de lagi. Nak cerita pasal kerja, takut kena saman pulak.

Tapi hari ini saya cerita berita yang kira gembira juga sebab kawan yang telah menjejak ke KSA telah kembali selepas 6 bulan di sana. (6 bulan kot?) Takpe, kalau tak betul nanti dia 'updatekan' saya. Memang gembira jumpa kawan, siapa yang tak gembira bukan kawan sejatilah tu... Heh Heh. Harap ada yang tak terasa ye?

Angost le yang saya ceritakan ni. Dia sampai kat Malaysia minggu lepas lagi sebab nak 'settlekan' perkara-perkara yang tak dapat di elakkan. Balik pun sebab rindu kat anak-anak dan bini gak. Pasal keluarga saya ketepikan, cerita pasal kerja k?

Sebelum bercerita mengenai pengalaman dia di sana, saya nak cakap sikit pasal Visa saya dan yang lain-lain yang akan pergi bersama, Insyallah. Setakat ni, block visa belum di terima oleh Think+ di sebabkan hendak menarik quota dari pekerja rakyat india dan bagi ke orang Malaysia. Di beritahu oleh T+, block visa kali ini akan di bawa oleh orang Sabic 13hb ni. Kali ni mereka akan ke sini untuk 'interview session' yang ke empat. Kita boleh berdoa jelah harap-harap betul block visa itu akan ke sini masa tu. Ada kawan-kawan yang tak sabar dah untuk menerima berita berkenaan 'application' tu termasuk saya juga. Insyallah saya akan update berita pada 14hb Jun ini.

Ok, gi ke Angost pulak. Dia tak bawak bini dan anak-anak sebab tak dapat 'family package' tapi alhamdulillah dia di naikkan ke panel selepas kerja beberapa bulan je. Tahniah Angost. Dia beritahu masa dia sampai kat sana dia terkejut sebab 'culture' yang berlainan so yang akan pergi ke sana kena bersedia untuk perubahan supaya boleh 'blend in' dengan orang di sana. Borak tak borak, sekejap je 3 jam. Hujan lebat pulak tu.

Oh, jumpa jugak kawan dia yang balik sekali. Hisyam namanye. Saya bertanya berkenaan bank di sana, Angost buka akaun Saudi Hollandi dan Hisyam buka di Riyadh Bank. Syarikat akan masuk gaji ke bank berkenaan masa gaji di keluarkan. Dan kalau ada siapa nak 'transfer' diut tu ke bank di Malaysia di kenakan SR80 untuk setiap transaksi. Tak kira berapa pun. Kalau 'transfer' melalui bank, mahal pulak kos dia.

Panjang dah... Akan di sambung...

Sekian, assalamualaikum.