Thursday, May 14, 2009

Gambang Water Park, Kuantan.

Minggu lepas, Persatuan SRC kami telah di jemput oleh pengurusan Sentoria yang mengendali Gambang Water Park di Gambang, Kuantan. Menurut mereka, tema itu akan di rasmikan pada hujung bulan 5 ini. Tetapi setelah melawat tapak tersebut, ada jugak la was-was yang tempat itu boleh di siapkan pada tarikh yang di sebut itu.

Setelah berborak panjang lebar, nampaknya tema air itu akan di buka pada bulan Julai tahun ini. Pasal tarikh buka, saya letakkan gambar untuk semua menghitungkan boleh ke tak boleh.

Overview of Gambang Water Park.

Ini di panggil penguin island.
Macam Middle east la pulak!

Artificial beach.

Err, no comments!

Slide...



Penguin Island.


Club house kot?


Dan menurut mereka, slide yang akan di adakan di situ adalah terpanjang di Asia. Check it out! Website boleh di layar di http://www.sentoria.com.my/leisure_hospitality_waterpark.html

Siapa nak gi cuba, bolehlah dalam bulan September kot, bayaran pun murah. Bawah RM20 seorang.

Sekian, wassalam.

Monday, May 4, 2009

BPC Joran 2009

Salam semua, memandang saya tak 'update' blog saya dalam masa 2 minggu ni, ini pun jadilah.

BPC @ BASF Petronas Chemicals telah menanjurkan satu pertandingan Joran yang telah di adakan di Teluk Mok Nik, Kemaman pada 25hb April 2009. Suasana pada hari itu sungguh meriahkan dan di sambut dengan cuaca yang tidak begitu panas. Mungkin sebab tu ikan tak banyak kot?

Pemenang pada hari itu terdiri dari 2 orang sahaja, (itupun sebab mereka je yang dapat ikan, keh keh keh). Sila menikmati gambar-gambar di bawah.

Banner pertandingan.

Pantai Mok Nik. (Pemenang yang bertopi hitam)

Pantai yang luas dan pasir lembut.

Hadiah pertama, 6.5kgs.

Bukan pemenang, tolong je.

Menunggu untuk di timbang.

Hadiah kedua. (Berat tak tahu)

Ada banyak jugak cerita-cerita ikan terlepas, sangkut dan lain-lain lagi. Ada yang nampak ikan tenggiri, ye.. ikan tenggiri yang sesat kot, melompat depan muka mereka tapi terputus. Kesian ye, boleh tengok tapi tak boleh naik... Heh heh, berangan jelah.

Sekian, wassalam.